JENIS-JENIS CARIAN PERSENDIRIAN
Carian Persendirian
Dokumen yang dikeluarkan oleh pihak pejabat tanah negeri masing-masing dengan memberikan maklumat mengenai harta tanah seperti berikut:
- Nombor hakmilik yang lengkap.
- Taraf pegangan harta tanah (tanah pegangan bebas atau pegangan pajakan )
- Tempoh pajakan atay Tarikh Lupur Pajakan (jika ia adalah pajakan).
- Pemilikan tanah yang berdaftar
- Kawasan rizab (jika berkenaan).
- Tanggungan dan endorsan-endorsan lain.
- Tanggungan dan endorsan-endorsan lain yang tidak berkuatkuasa.
- Urusan-urusan dalam Perserahan yang belum didaftar.
- nombor hakmilik yang terdahulu
- Pindaan cukai tanah.
Carian Rasmi
Satu salinan dokumen yang ditandatangani dan dimeterai oleh pejabat tanah di halaman terakhir digunakan sebagai sebahagian daripada dokumen sokongan untuk urusan mengandungi maklumat harta tanah seperti berikut:-
- Nombor hakmilik yang lengkap.
- Taraf pegangan harta tanah (tanah pegangan bebas atau pegangan pajakan ).
- Tempoh pajakan (jika ia adalah pajakan).
- Pemilikan tanah yang berdaftar.
- Kawasan rizab (jika berkenaan).
- Tanggungan dan endorsan-endorsan lain.
- Tanggungan dan endorsan-endorsan lain yang tidak berkuatkuasa.
- Urusan-urusan dalam Perserahan yang belum didaftar.
- nombor hakmilik yang terdahulu
- Pindaan cukai tanah.
Salinan diakui sah atau dikenali CTC [ Certified True Copy ]
Salinan sah Hakmilik / Geran yang diperakui dan ditandatangani oleh pejabat tanah. Tidak boleh digunakan sebagai pengganti geran asal untuk tujuan perserahan. (Salinan pelan tanah akan disertakan bergantung pada ketersediaan oleh pejabat tanah).
Carian Persendirian, Carian Rasmi Dan Carian Salinan Sah.
Pihak kami boleh mendapatkan catatan carian pemilikan sesuatu tanah iaitu carian persendirian, carian rasmi, dan salinan sah hakmilik bagi tanah di seluruh Malaysia.
Jika hanya mengetahui lokasi tanah dan tiada sebarang maklumat / dokumen seperti cukai tanah atau salinan geran lama, tetapi ingin membuat carian pemilikan tanah (carian persendirian/carian rasmi/salinan sah hakmilik), pihak kami boleh mendapatkan carian maklumat asas tanah tersebut terlebih dahulu bagi membolehkan carian pemilikan tanah dapat dibuat.
Ini kerana bagi membuat sebarang carian pemilikan tanah perlu ada maklumat lengkap iaitu No. Geran, No. Lot, Mukim, Seksyen dan Daerah.
Pihak kami juga menyediakan perkhidmatan untuk mendapatkan pelan tapak rasmi bagi sesuatu lot tanah atau ingin mendapatkan lokasi tanah (Koordinat) bagi no.lot yang ada. Ini juga diperoleh bersama jika memilih membuat carian maklumat asas tanah.
MAKLUMAT YANG TERKANDUNG DI DALAM SALINAN SAH, CARIAN RASMI DAN CARIAN PERSENDIRIAN.
1. Nama tuan tanah semasa / berdaftar.
2. Pelbagai maklumat tanah seperti:
- Jenis kategori kegunaan tanah
- Sekatan – sekatan kepentingan
- Tempoh Pajakan
- Keluasan Tanah
- Kadar Cukai Tanah
- Syarat Nyata
- Maklumat Pindahmilik, Gadaian, Kaveat dan sebagainya
- Lain-lain Dokumen seperti Suratkuasa Wakil, Surat Ikatan Amanah, Surat Kebenaran, Perintah Pusaka / Perintah Mahkamah
APA YANG PERLU DIKEMUKAKAN BAGI TUJUAN PERMOHONAN SALINAN SAH , CARIAN RASMI DAN CARIAN PERSENDIRIAN ?
Bagi tujuan mendapatkan salinan sah, carian rasmi atau carian persendirian, pemohon perlu mengemukakan perkara – perkara berikut:
- No.Hakmilik / Geran
- No. Lot Tanah
- Nama Mukim
- No. Seksyen (Jika Ada)
- Daerah
Jika terdapat kekurangan maklumat yang dikemukakan, maka sistem pejabat tanah tidak akan dapat mengesan tanah yang ingin dicari. Oleh itu pemohon perlu memastikan maklumat yang diperlukan lengkap terlebih dahulu sebelum membuat carian hakmilik bagi mengelakkan kesulitan pencarian.
CONTOH CARIAN PERSENDIRIAN
CARIAN PERSENDIRIAN
- Kadar harga yang dinyatakan adalah tidak termasuk caj pejabat tanah.
- Semakan kawasan akan dibuat terlebih dahulu.
- Caj pejabat tanah berbeza bagi setiap negeri.
- Tempoh keputusan setiap carian adalah bergantung pada jenis carian yang dibuat.
Servis Drone & Asas Hartanah bergantung pada lokasi.
Kadar Bayaran bagi setiap salinan sah, carian rasmi dan carian persendirian di pejabat tanah adalah berbeza mengikut negeri.
Kadar Bayaran
- Carian Persendirian RM30
- Carian Rasmi Rm50
- Carian Diakui Sah Rm100
- Maklumat Asas Hartanah Rm100. (Dengan location tanah, Peta, )
- Servis Drone – Rm500-Rm1500 Bergantung lokasi tanah.
Hubungi untuk info lanjut.
Nama: Mohamad Suhairi (REN 26837)
H/P: 010-3622016 (Call/Sms/Whatsapp)
Email: suhairi.alias@gmail.com
Carian Persendirian setiap negeri di Malaysia.